IN PRINT EXHIBITION
22.DECEMBER.2005 - 22.FEBRUARY.2006
NATIONAL ART GALLERY,
2, JALAN TEMERLOH OFF JALAN TUN RAZAK,
53200 KUALA LUMPUR
IN PRINT
CONTEMPORARY BRITISH ART FORM THE PARAGON PRESS
Jangan tertipu dan menganggap cetakan ('print') adalah sekadar satu pameran karya-karya konvensional oleh artist-artist yang dikenali kerana karya-karya lain mereka. Daripada siri 13 cetakan gergasi bertemakan pembungkusan farmaseutikal oleh Damien Hirst kepada karya yang bunga-bunga mempersonakan Marc Quinn, yang dibekukan secara 'cryogenic'-cantik dan indah umpama pameran buah-buahan halwa di kedai-pameran ini akan memberikan pandangan baru ke atas artist-srtist terpilih serta kecanggihan medium membuat cetakan itu sendiri.
Persamaan yang dikongsi oleh semua artist dalam pameran-selain daripada kerakyatan British serta pandangan kontemporary mereka- ialah mereka semua telah bertemu dengan seorang pemuda bernama Charles Booth-Clibborn. Beliau telah mencadangkan mereka menghasilkan satu siri cetakan menggunakan syarikat penerbitan beliau, iaitu Paragon Press. Ramai daripada artist ini tidak mengunjungi bengkel cetakan sejak di sekolah seni, tetapi daya pemujukan Booth-Clibborn amat sukar dilawan. Beliau mengetahui bahawa teknologi cetakan serta digital baru boleh mengubah media yang paling tradisional ini dan menjadikannya sesuai sebagai arena eksperimentasi secara semulajadi. Ia juga menawarkan peluang unik kepada artis untuk memperluaskan serta mempertingkatkan amalan biasa mereka.
Yang paling penting disini, Paragon Press telah membolehkan karya-karya pelbagai artist British dikenali, dihargai dan dimiliki oleh orang ramai- satu fenomena yang mungkin tidak akan berlaku tanpa penglibatan syarikat tersebut. Dengan menjemput artist daripada pelbagai spektrum- daripada pelukis abstrak seperti Patrick Heron dan Terry Frost kepada 'Pengarca Batu' yang diwakili oleh Richard Deacon, Bill Woodrow dan Anish Kapoor hingga ke artist berteraskan konsep seperti Cerith Wyn Evans dan Anya Gallaccio- Paragon Press bersifat universal dalam memperingati kita bahawa karya seni melampaui fesyen serta sentiasa menawarkan penemuan baru, tanpa mengira usia karya tersebut ataupun usia artis yang menghasilkan.
Thursday, January 05, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment