Juhari Said
Juhari Said telah dilahirkan pada tahun 1961 di Gopeng, Perak. Beliau mendapat pendidikan senilukis di Institut Teknologi MARA (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA) dari tahun 1979 hingga 1983. Pada tahun 1993, Kerajaan Peranchis telah menganugerahkan beliau Geran Penyelidikan Senilukis di Paris dan pada tahun berikutnya beliau telah dianugerahkan Geran Penyelidikan Seni Cetak di Tokyo.
Semenjak tahun 1983, beliau banyak berpameran serta mengembara. Beliau telah mengadakan 4 pameran solo, lebih 40 pameran antarabangsa dan 50 pameran tempatan. Di samping itu, beliau sering mengadakan bengkel dan ceramah senilukis untuk pelajar – pelajar universiti dan kolej senilukis tempatan. Kini beliau menetap dan berkarya di kediaman dan studio yang dikenali sebagai Akal di Ulu, Hulu Langat, Selangor, iaitu kira – kira 45 minit perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Shamsul / Cik Norazlina di talian 03 – 4025 4990 atau fax : 03 – 4025 4987 atau email : shamsul@artgalley.gov.my
Objektif program :
- Memberi pendedahan kepada teknik asas percetakan timbul seperti cetakan kayu dan lino.
- Mempertingkatkan pengetahuan seni cetakan secara lebih berkesan
- Berkongsi ilmu bersama pengkarya yang berpengalaman
Pengenalan
Cawangan Pendidikan Balai Seni Lukis Negara berperanan dalam membimbing dan mendidik , ke arah mempertingkatkan fahaman seni tampak secara tidak formal dan jangkamasa panjang.
Sehubungan itu , Cawangan Pendidikan dengan kerjasama British Council akan mengadakan Bengkel Seni Cetakan selama 3 hari selaras dengan Pameran “ In Print “ bagi memberi peluang kepada orang awam mempelajari dan menimba pengalaman dalam asas seni cetakan.
Syarat Penyertaan Bengkel Cetakan
Penyertaan adalah percuma dan tempat adalah terhad.
( Siapa cepat dia dapat )
Terbuka kepada guru – guru, pensyarah
Peserta diwajibkan membawa peralatan cetakan seperti pisau pengukir dan papan lino, kain buruk, minyak tanah, kertas pasir dan lain – lain...Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas, dakwat pencetak dan blok kayu sahaja.
0 comments:
Post a Comment