Tuesday, February 28, 2006

SKIM LATIHAN PEMBANGUNAN PENGGIAT SENI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

1 PENDAHULUAN

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni adalah usaha membantu membiayai penggiat seni, budayawan dan karyawan untuk mengikut berbagai bentuk kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran, memampuan dan kecekapan penggiat seni tanah air dalam bidang masing-masing.


2 LATARBELAKANG

2.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atau KeKKWa telah ditubuhkan lebih setahun yang lalu iaitu pada 27 Mac 2004. Tujuan penubuhan KeKKwa adalah untuk membulatkan dasar program budaya, seni dan warisan di Malaysia. KeKKWa juga berhasrat untuk memastikan kebudayaan, kesenian dan warisan peninggalan nenek moyang kita, juga pemikiran dan psyche baru akan terus kekal dan membentuk Bangsa Malaysia yang berbudaya luhur serta masyarakat yang bersopan santun, berbudi, setia dan bersatu dalam usaha mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

2.2 Penubuhan KeKKWa juga adalah untuk menyemarakkan dan merakyatkan seni dan budaya. KeKKWa juga berperanan untuk mengekalkan warisan Negara sama ada yang bersifat tampak atau tidak tampak supaya seluruh warga Malaysia mempunyai jiwa bangsa yang cinta kepada Negara. Untuk mencapai aspirasi ini KeKKWa bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran Negara yang kondusif agar menggalakkan pemeliharaan, pembangunan dan perkembangan dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia.

2.3 Jesteru, pelaksanaan Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni ini adalah tepat pada masanya. Ini kerana kita ingin melahirkan dan mengembangkan bakat serta kebolehan karyawan agar mereka akan terus mempunyai daya usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan berkaitan seni, budaya dan warisan tanpa kekangan dari segi kewangan atau pembiayaan.


3 OBJEKTIF TABUNG PEMBIAYAAN SKIM LATIHAN PEMBANGUNAN PENGGIAT SENI

3.1 Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni diwujudkan bagi membiayai para penggiat seni, budayawan dan karyawan untuk mengikut berbagai bentuk kursus dan latihan sebagai usaha meningkatkan tahap pengetahuan dan kepakaran serta bertujuan menjadikan penggiat-penggiat seni tanah air mahir, berkemampuan dan cekap dalam bidang masing-masing.


4 KUMPULAN SASARAN

4.1 Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni ini disasarkan kepada empat (4) kategori karyawan atau penggiat seni. Pemilihan individu adalah bertantung kepada kategori-kategori tersebut iaitu :-

4.1.1. Tunas – Bakat baru yang merupakan pelapis dikenalpasti dan dipupukbudayakan sebagai penggiat seni dikalangan pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta / Awam, belia dan seumpamanya;

4.1.2. Baru – telah bergiat di dalam aktiviti budaya, seni dan warisan bagi tempoh antara 1 hingga 5 tahun;

4.1.3. Amatur – agar aktif di dalam bidang budaya, seni dan warisan dan telah bergiat diantara 6 hingga 10 tahun; dan

4.1.4. Profesional – Sangat aktif dan merupakan penggiat seni yang telah berada di dalam bidang budaya, seni dan warisan bagi tempoh melebihi 10 tahun.


5 BENTUK LATIHAN PEMBANGUNAN

Skim Latihan Pembangunan Penggiat Seni ini akan memberi tajaan kepada penggiat seni dalam latihan pembangunan seni, budayawan dan karyawan dan jangkmasanya tidak melebihi 12 bulan kalendar bagi bentuk-bentuk berikut :

5.1. Kursus jangka pendek; termasuk Kelas, Seminar, Bengkel, Persidangan, Simposium dan seumpamanya;

5.1.2. Program penempatan / Attachment;

5.1.3. Lawatan Sambil Belajar; dan

5.1.4. Penglibatan / Penyertaan dalam pameran, persembahan serta aktiviti-aktiviti seni berbentuk latihan yang lain.


6 BIDANG-BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN

6.1. Berikut adalah antara contoh kursus dan institusi yang menawarkan kursus-kursus berkaitan bidang kebudayaan, kesenian dan warisan. Pemohon bagaimanapun boleh mengemukakan sendiri cadangan kursus dan institusi yang dipilih. Kementerian berhak memberi khidmat nasihat dan menentukan bidang kursus dan institusi latihan berkenaan;

(i) PERFILEMAN, TEKNIKAL & PRODUKSI

a. Kursus

Penerbitan, Pengarahan, Lakonan, Penulisan Skrip, Animasi, Improvisasi dan Tatarias, Literature, Screen and Theatre Studies, Filming Cultures, Rekabentuk Produksi, Rekabentuk Kostum, Juruteria Audio, Jurukamera, Tatarias/Kesan Khas Tatarias, Kesan Khas, Animasi, Pengarahan Seni, Pencahayaan, Bunyi (audio), Pentas, Set dan Props, New Media Arts and Technology.

b. Institusi

Tempatan

Akademi Seni Kebangsaan (ASK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kolej Lim Kok Wing, Institut Teknologi Seni Malaysia (ITSM).

Luar Negara

Saint Petersburg Theatre Arts Academy; New York Film Academy; New Zealand Film & Television School; London Film Academy; Victorian College of Art; Sheridan School of Animation, Art & Design; Hong Kong Academy of Performing Art; Film & TV Institute of India; University of Philippines; National Film & Television School Beaconsfield Studios, England; The Australian National University (ANU), Esplanade Singapore.

...........................

(ii) MUZIK

a. Kursus

Gubahan dan Lomposisi, Susunan Muzik, Muzik Komputer, Etnomuzikologi,(melibatkan system perisian), Teori Muzik, Pembuatan Alat Muzik.

b. Institusi

Tempatan

Akademi Seni Kebangsaan (ASK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kolej Lim Kok Wing, Institut Teknologi Seni Malaysia (ITSM).

Luar Negara

Institut Kesenian Jakarta (IKJ), Indonesia; Universiti of Philippines (College of Music); Royal
College of Music (London); London Academy of Music and Dramatic Art; The Juilliard School (USA); University of Rochester Eastman School of Music; The Australian National University (ANU).

...................

(iii) TARI

a. Kursus

Koreogerafi, Labanotasi, Seni Tari.

b. Institusi

Tempatan

Akademi Seni Kebangsaan (ASK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Kolej Lim Kok Wing, Institut Teknologi Seni Malaysia (ITSM).

Luar Negara

Institut Kesenian Jakarta (IKJ), Indonesia; The CCP Dance School; London Contemporary Dance School; London School of Dance; Robin Howard Dance Theatre; East London School of Dance; The Juilliard School; USA; The Colburn School of Performing Arts, USA: Middlesex University, UK.

..............

(iv) MUZIUM, ARKIB & WARISAN

a. Kursus

Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bawah Air, Konservasi, Kaedah fotograf Digital, Pengukiran Kayu, Curatorship, Pengurusan Warisan, Pengajian Muzium, Pengajian Data (inventori dll.), Metodologi Penyelidikan.

b. Institusi

Tempatan

Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Luar Negara

Muzium Pusaka, Sekolah tinggi Seni Jogjakarta; Asian Institute of Technology, Bangkok; Hong Kong University; School of Oriental and African Studies, London; Getty Conservation Institute, New York; National Library of Australia; School of Archival Studies; National Archives of India; The Australia National University (ABU); University College, London; University of Leicester.

...............

(v). SENI TAMPAK

a. Kursus

Drawing and Applied Arts, Fine Arts, Graphic Design, Illustration, Painting, Printmaking,
Multimedia Arts, New Media (Media Baru).

b. Institusi

Tempatan

Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kolej Lim Kok Wing.

Luar Negara

Institut Teknologi Bandung, Indonesia; Bristol School of Art, Media and Design; The Chicago
Academy for the Arts, Indiana University; Australian National University (ANU); UCLA School of Fine Arts; University of Philippines.

..............

(vii) KRAF

BIDANG
A. Crystal : Glass Blowing and Finishing
* Phillchuck Glass Schoo
430 Yale Avenue N Seattle, WA 98109
* Canberra School of Art Gallery, Childers Street Acton, ACT 2601 Australia

B. Jewelry Design
* Sir John Cass College 31 Jewelry Street,
London, EC3N 2EY
* ALCHIMIA Comtemporary Jewellery School In Florence Via Dell’Orto 35 R 50124 Firenze, Italy

C. Fashion Design
* International Fashion Training Centre 6th Floor, Bangunan Yayasan Selangor, No. 99, jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
* Malaysia Institute of Arts, No. 294, Jln Bandar 2,
Taman Melawati, 53100 Hulu Klang, Selangor

D. Bag Design
* 1001 Strategies Ins. 420-B Bulalakaw St., Brgy. Plainview 1500 Mandaluyong
City, Philippines

E. Lacquer ware
* Nern Yard,
120 Bamrungraj Rd.
T. Wat Ket A.
Muang Chaing Mai,
Thailand

F. Doll Making
* Chiang Mai Doll making Centre,
187/2
M.9.B>Dongkilek
T Makhamluang A
Sunpatong,
Chiang Mai, Thailand

G. Rattan Design
* 1001 Strategies Inc. 420-B
Bulalakaw St., Brgy. Plainwiew 1500 Mandaluyong
City, Philippines

H. Technologies in Wood Carving
* Germany Center of Wood Carving Oberammergau, Bavarian

I. Packaging Design
* University of Arts, London
65 Davies Street
London W1K 5DA

J. Bamboo treatment
* Forest Research Institute Malaysia, 52109 Kepong,
Selangor

K. Ceramics Technology
* Ceramics Designer (Industry)
St James House
Webberley Lane
Longton
Stoke-on-Trent
ST3 1RJ

* CERAMIK
Queens Road,
Penkhull
Stoke-on-Trent
Staffordshire ST4
7LQ
United Kingdom
* Hocking College
3301 Hocking
Parkway Nelsonville,
Ohia 45764
* Nagoya International Training
Centre (NITC) JICA, 73
Kamenio 2-Chome, Meto-Ku,
Nagoya 465-0094 Japan


(viii). Pengurusan Pementasan dan Pemasaran

a. Kursus

Pengurusan dan Pemasran Seni, Pengurusan dan Pemasaran Acara.

b. Institusi

Tempatan

Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Luar Negara

La Salle School of Fine Arts; National Institute of Dramatic Arts (NIDA); Monarch University.


2. Bidang-bidang latihan pembangunan yang ditawarkan ini akan diperluaskan skop mengikut
syor yang dikemukakan oleh Bahagian dan Agensi KeKKWa yang berkaitan.



7. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

7.1 Skim Latihan ini adalah terbuka kepada :

i. Warganegara Malaysia;

ii. Bukan Penjawat Awam dan Penjawat Awam seperti kontrak, sementara, singkat, sambilan dan sandaran (atas syarat-syarat tertentu);

iii. Bergiat secara aktif di dalam bidang yang berkaitan dengan seni, budaya dan warisan.
Antaranya :

A. Penggiat seni (pengarah, pelakon, sasterawan, budayawan, koreografer, ahli muzik, artis); dan

B. Pengurusan seni (penerbit, prop master, busana dan tatarias, pengurus pentas, teknikal, jurutera bunyi dan lampu), kraftangan, permuziuman, arkib dan seni tampak.


iv. Memiliki pengalaman, kewibaan, ketokohan dan kepimpinan yang diperakui oleh :

A. Persatuan-persatuan yang diwakili, sebaik-baiknya yang berdaftar; atau / dan

B. Agensi/bahagian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

v. Pemohon mestilah membuktikan penglibatan mereka di dalam bidang seni yang berkaitan
atau ahli persatuan/syarikat yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan/syarikat dan sebaik-baiknya yang diiktiraf oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia;

vi. Pemohon mestilah seorang yang tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
jenayah, tidak diisytiharkan muflis serta sihat tubuh badan; dan

vii. Mana-mana calon yang disenaraipendekkan akan ditemuduga oleh Panel Penilai di
peringkat Bahagian/Jabatan/Agensi. Calon-calon juga dikehendaki membuat pembentangan
(prensentation) semasa sesi temuduga tersebut.


7.2. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, Kementerian boleh dan berhak untuk menolak sebarang permohonan tanpa diberi sebarang sebab


8 SYARAT-SYARAT PENAJAAN

8.1. Syarat-syarat penajaan tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang ditentukan oleh
Kerajaan dari semasa ke semasa.

8.2. Sebelum menjalani latihan, pelajar hendaklah menandatangi Perjanjian dengan Kerajaan dengan syarat-syarat yang ditetapkan termasuk perkara-perkara berikut:

A. Pemohon yang terpilih mengikut kursus dengan pembiayaan Skim Latihan ini perlulah mengikut dan seerusnya menyelesaikan kursus tersebut dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan;

B. Sewaktu tempoh latihan, pemohon tidak boleh terlibat dengan sebarang kegiatan salah laku yang boleh mencemar nama baik Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan warisan khususnya dan KErajaan Malaysia amnya;

C. Pemohon tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang pada pendapat kerajaan bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari Kerajaan;

D. Sekiranya pemohon gagal menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama, maka pemohon hendaklah menjelaskan kembali wang pembiayaan tersebut setakat yang telah digunapakai;

E. Bagi kursus jangka pendek, pemohon dikehendaki mengemukakan laporan atau hasil karya yang telah dihasilkan semasa berkursus kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia sebaik-baik tamat kursus dengan menggunakan borang seperti yang dilampirkan bersama surat kelulusan; dan

F. Pemohon yang mengikuti kursus 6 bulan dan ke atas akan dipantau kemajuan pengajian mereka oleh pihak Kesenian dan Warisan dengan bantuan pegawai penyelia dan institusi latihan yang diikuti oleh pemohon. Laporan kemajuan dan pencapaian pemohon hendaklah dihantar oleh pegawai penyelia / pemohon 2 kali dalam setahun atau setiap akhir semester / penggal pengajian.


8.3. Sekiranya pemohon gagal memenuhi mana-mana syarat di atas, Kementerian boleh dan berhak untuk menamatkan pembiayaannya dan pemohon dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang telah dibelanjakan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.



9 IKATAN /SUMBANGAN

Pembiayaan dibawah Skim Pembangunan Latihan ini adalah merangkumi sama ada tiket penerbangan pergi dan balik, yuran pengajian atau elaun sara hidup. Pemohon yang telah menyempurnakan kursus adalah terikat dengan syarat-syarat ikatan yang dinyatakan di dalam

Perjanjian Penajaan seperti berikut :

9.1 Syarat-syarat Ikatan / Sumbangan Kursus Jangka Pendek

9.1.1 Hendaklah memberi sumbangan mengikut kepakaran dan kelulusan yang diperolehi daripada latihan kepada Kerajaan atau agensi-agensi di bawah dalam tempoh yang ditetapkan;

9.1.2 Sumbangan ini sama ada dalam bentuk perkhidmatan, khidmat nasihat, atau apa-apa bentuk yang dinayatakan oleh Kerajaan atau agensi-agensi di bawahnya dalam arahan sumbangan tersebut dalam tempoh ikatan;

9.1.3 Kerajaan atau agensi-agensi di bawahnya boleh memberikan apa-apa balasan sama ada dalam bentuk saguhati, gaji elaun atau sebagainya bagi sumbangan tersebut; dan

9.1.4 Kerajaan juga boleh melantik pelajar dalam perkhidmatan Kerajaan atau agensi-agensi di bawahnya sama ada secara tetap atau kontrak bergantung kepada keperluan dan kekosongan jawatan. Kerajaan bagaimanapun tidak terikat untuk melantik mana-mana pelajar ke dalam perkhidmatan Kerajaan.


9.2. Tempoh Ikatan

i) Kursus Jangka Pendek

a. Kurang dari 6 bulan

Perlu mangadakan bengkel / ceramah / seminar hujung minggu untuk satu tempoh yang dipersetujui sebelum berkursus;

b. 6 bulan hingga 1 tahun

Penempatan di agensi-agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebagai fasilitator atau sebagai tenaga pengajar, tenaga kerja kreatif, krew dalam sesebuah produksi yang dianjurkan untuk tempoh 1 hingga 3 bulan mengikut tempoh kursus yang diikuti oleh pemohon;


ii) Latihan Penempatan (Attachment)

a. Kurang dari 6 bulan

Perlu mengadakan bengkel / ceramah / seminar hujung minggu untuk satu tempoh yang dipersetujui sebelum berkursus.

iii) Kemungkiran

Denda berupa bayaran balik akan dikenakan sekiranya pelajar gagal menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan kerana meninggalkan kursus latihannya tanpa sebarang sebab yang munasabah, dibuang dari universiti, kolej atau institusi latihan atas kesalahan tatatertib atau terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah dan disabitkan.

iv) Keengganan

Sekiranya pelajar enggan memberi sebarang sumbangan dalam bentuk perkhidmatan, khidmat nasihat atau apa-apa bentuk yang disyorkan oleh Kerajaan atau agensi-agensi dibawahnya dalam arahan sumbangan tersebut dalam tempoh tertentu, pelajar diminta membayar balik jumlah ganti rugi bergantung pada tafsiran yang dibuat oleh Kerajaan.


10. MODUS OPERANDI

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak bagi mengikuti Program Latihan Pembangunan Penggiat Seni ini akan dinilai dan ditapis oleh Panel Penilai di peringkat Bahagian / Jabatan dan Agensi serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemilihan Skim Pembangunan Latihan Penggiat Seni di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Panel tersebut adalah dari bahagian dan Agensi KeKKWa. Carta Aliran, Keahlian Panel dan keanggotaan Jawatankuasa/Panel dan Senarai tugas

Panel-panel Jawatankuasa Skim Pembangunan Latihan Penggiat Seni adalah seperti di Lampiran 1, 2 dan 3.


11. PERMOHONAN

11.1 Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di Cawangan Pembangunan sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia; Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri (setiap negeri) serta di agensi-agensi di bawah Kementerian. Calon yang berminat juga boleh melayari laman web Kementerian di alamat
http://www.heritage.gov.my bagi
mendapatkan maklumat mengenai buku panduan berkenaan.

11.2 Borang yang telah lengkap diisi perlulah disertakan bersama 1 salinan kad pengenalan, sekeping gambar berukuran passport serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan.



Lampiran 1

CARTA ALIRAN KERJA PROSES PERMOHONAN

Terima borang permohonan

Terima borang permohonan

Proses borang permohonan oleh

Agensi / Jabatan berkenaan

Pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan

Tidak

Lulus

Keluarkan surat tawaran

Proses Perjanjian

Pembayaran diberi secara terus kepada pelajar/IPTA (sebagai Yuran Pengajian)


Lampiran 2

ALAMAT SURAT-MENYURAT

Ketua setiausaha
Bahagian Sumber Manusia
(Cawangan Pembangunan Sumber Manusia)
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
Tingkat 26, Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26127600 Faks : 03-26971206

SENARAI JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI-NEGERI

1. Pengarah

Jabatan Kebuayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis
Taman Budaya Negeri Perlis,
Jalan Lintasan Kangar,
01000 Kangar
PERLIS
Telefon : 04-979 3604 / 979 3600 Faks : 04-9770117


2. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah
Taman Budaya Negeri Kedah,
Lot PTD 400, Pumpong,
05250 Alor Star,
KEDAH
Telefon : 04-731 5930 Faks : 04-7338128


3. Pengarah

Jabatan Kebuadyaan, Kesenian dan Warisan
Negeri Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni,
Lot 2183, Jalan Rawang,
10460 Pulau Pinang
PULAU PINANG
Telefon : 04-281 7792 Faks : 04-281 7781


4. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak
Taman Budaya Negeri Perak,
Jalan CaldWell off Jalan Raja Di Hilir,
30250 Ipoh
PERAK
Telefon : 05-253 7001 faks : 04-241 7071


5. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
Lot 22.2, Tingkat 22, Menara MBSA,
Persiaran Perbandaran,
47000 Shah Alam,
SELANGOR
Telefon : 03-5510 2664 faks : 03-5510 2839


6. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan
Taman Budaya Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
NEGERI SEMBILAN
Telefon : 06-763 6308 faks : 06-763 4417


7. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka
Tingkat 3, Bangunan Risda Negeri,
Jalan Sri Lanang
75100 Melaka
MELAKA
Telefon : 06-284 2521 faks : 06-283 2871


8. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor
Tingkat 13, KOMTAR
Jalan Wong Ah Fook
80000 Johor Bahru
JOHOR
Telefon : 07-224 8270 faks : 07-2230 9413


9. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan
Lot 839, Jalan Yunos off Jalan Hospital
15200 Kota Bharu
KELANTAN
Telefon : 09-744 3455 faks : 09-744 0757


10. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu
Taman Budaya Negeri Terengganu
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu
TERENGGANU
Telefon : 09-617 8831 faks : 09-617 8832


11. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang
Taman Budaya Negeri Pahang
Lot 57100, Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan
PAHANG
Telefon : 09-517 8466 faks : 09-517 9466


12. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah
Tingkat 5, Blok E, Bangunan KWSP,
Peti Surat 51, Jalan Karamungsing,
88100 Kota Kinabalu,
SABAH
Telefon : 088-237 052 faks : 088-242 052


13. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching
SARAWAK
Telefon : 082-422 006 faks : 082-234 010/ 082-244 394


14. Pengarah

Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
109, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Telefon : 03-2164 8343 faks : 03-2164 8335


AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA

Jabatan Muzium dan Antikuiti,
Jalan Damansara
50566 Kuala Lumpur
Tel : 03-2282 6255 faks : 03-2164 8335

Jabatan Arkib Negara Malaysia
Jalan Duta
50568 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 0688 faks : 03-6201 5679

Istana Budaya
Jalan Tun Razak
50694 Kuala Lumpur
Tel : 03-4026 5555 faks : 03-4025 4864

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka
Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang
Selangor
Tel : 03-4108 5722 faks : 03-2162 0905

Balai Seni Lukis Negara
No. 2 Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
Tel : 03-4025 4989/4025 4990 faks : 03-4025 5928

Akademi Seni Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2697 1777 faks : 03-2697 5513

0 comments:

Post a Comment