Tuesday, April 25, 2006

Pameran Landskap Malaysia
Pameran dan Promosi ini diadakan bersempena dengan Program Festival Kuala Lumpur 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).
Pameran Landskap ini akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bertujuan untuk mendedahkan dan mempromosikan landskap dan aktiviti sosial di bumi Malaysia dalam bentuk visual khususnya kepada pelancong luar negara agar tertarik untuk mengenalinya sambil membeli lukisan-lukisan hasil karya anak Malaysia.

Kriteria pemilihan bagi pameran ini ialah karya-karya yang menampilkan pemandangan Malaysia termasuk alam semulajadi, bangunan-bangunan, flora dan fauna, tempat-tempat bersejarah, aktiviti pertanian, industri, kebudayaan, kesenian dan warisan masyarakat majmuk, aktiviti sosial masyarakat seperti permainan tradisional, gotong royong dan landskap dasar laut juga diambil kira.
Media & Saiz: Bebas (Karya hendaklah siap berbingkai)
Jumlah penyertaan setiap peserta: Maksima 2 karya sahaja
Penyertaan: Semua rakyat Malaysia
Kos penyediaan lukisan dan pengangkutan adalah ditanggung sendiri oleh peserta
Tiada yuran/ bayaran penyertaan
Tarikh Pameran: 1 - 31 Julai 2006
Karya hendaklah dihantar sebelum 10 Jun 2006.
Borang Penyertaan boleh didapati di Balai Seni Lukis Negara




0 comments:

Post a Comment